26 Mei 2008

Fail Meja Prasekolah

Boleh digunapakai untuk rujukan dan kegunaan pengurusan Pendidikan Prasekolah. Ini sebagai satu contoh sahaja.....

Download

Pembentukan Budaya Pembelajaran Di Sekolah

......... "Start With The End In Mind" Covey Steven.....

Download

Memartabatkan Bangsa Melayu

Bagaimanakah peranan guru dapat membantu memperkasa dan memartabatkan Bangsa Melayu di tanah air sendiri dan persada dunia....

Download

25 Mei 2008

Selamat Bercuti........

Selamat bercuti kepada semua guru & murid di seluruh Malaysia. Yahoooo......

Sambutan Hari Guru



Selamat Hari Guru kepada semua Warga Pendidik SKBS khususnya dan kesemua warga pendidik di Malaysia.

23 Mei 2008

Benchmarking Prasekolah Di Bumi Sabah Negeri Di Bawah Bayu




Guru Prasekolah Daerah Rompin Pahang telah mengadakan lawatan ke negeri Sabah. Beberapa tempat telah dilawati dan banyak pengalaman baru yang boleh diabadikan sekembalinya mereka ke semenanjung.

Gambar bertiga dirakam di sekitar kawasan Kundasang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Gambar kedua pula dirakamkan di hadapan Perkampungan Bundutuhan dan masih berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Gambar terakhir dirakamkan di Kem Bina Semangat Kundasang.

22 Mei 2008

Putera Adam Danial




















Inilah waris yang terbaru!!!!!!!!!!
Dilahirkan pada tanggal 11 April 2008 di Hospital Pakar Sultanah Aminah pada jam 0953 am. Dimashurkan dengan membawa gelaran Adam Danial. Insyallah akan membawa keberkatan.....

Bak kata omputih.... "one for all & all for one"

Waris Putera Gunung Ledang


Inilah Waris Jari Manis Hamba. Mula-mula dapat seorang puteri yang dimashurkan dengan gelaran Nur Arifah Alia yang lahir pada tanggal 07 Mei 2001 di Hospital Daerah Segamat. Sekarang ni dah belajar di Sekolah Kebangsaan LKTP Keratong 4 dalam kelas 1 Ariff.

Seorang lagi dimashurkan dengan gelaran Muhammad Ariff dan dilahirkan pada tanggal 02 Oktober 2002 juga di Hospital Daerah Segamat. Sekarang ni dan bersekolah di prasekolah sekolah yang sama dengan kakaknya.

Ibu Bersama Dua Anaknya.........



Puan Rozie Haryati bersama anak sulungnya Nur Arifah Alia berusia 7 tahun dan anak ke duanya Muhammad Ariff yang berusia 6 tahun.

Isteri Putera Gunung Ledang



Wanita ini dilahirkan di Negeri Terengganu Darul Iman dan telah berhijrah ke Pahang Darul Makmur.

Dari Inderagiri ke Kuala Pahang,
Tertusuk duri ikan Gelama;
Inilah isteri yang paling ku sayang,
Penyejuk mata penawar jiwa.



Pendayung chini lurah siaga,
Belati pagar pada suasa;
Pewaris kini telah bertiga,
Menjadi penawar duka dan lara.

Kenangan Datuk Bersama Cucu.........



Haji Ab Hamim Bin Haji Sidek adalah ayahnda kepada PGL. Bersama disampingnya cucu sulung iaitu Nur Arifah Alia, Muhammad Ariff, Amir Fitri & Amir Wafiq. beliau kini mendapat cucu yang ke lima iaitu Adam Danial.

Gambar dirakamkan ketika Hari Raya Aidil Fitri yang lalu......

Kenangan Moyang Bersama Cicit......



Moyang bernama Haji Abdul Razak Bin Sarom merakamkan detik bersama 3 orang cicitnya. Dari arah kanak gambar Muhammad Ariff Bin Khairul Akbar, Haji Abdul Razak Bin Sarom, Amir Fitri & Nur Arifah Alia Bt Khairul Akbar